Perkhidmatan troubleshoot untuk mencari punca masalah ketiadaan elektrik yang berpunca daripada soket yang sudah rosak dan kerja-kerja menukar lampu LED sedia ada.
Kerja-kerja pendawaian point kipas dengan menggunakan kabel 1.5 mm lengkap dengan pemasangan kipas 3 bilah dan suis. Selain pemasangan kipas, pelanggan juga meminta kami memasang lampu jenis kalimantang sebanyak 17 unit, dan kipas siling 3 bilah sebanyak 5 unit.
Kerja-kerja troubleshoot lampu jalan di area Subang Bestari, Sungai Buloh. Punca masalah dapat dikenalpasti oleh wireman kami, terdapat beberapa kerosakan pada fuse yang berada di dalam feeder pillar, ini menyebabkan gangguan litar pintas dan lampu tidak dapat berfungsi dengan baik.
Proses membekal dan memasang DB Board 2 unit di tingkat atas dan bawah untuk rumah kediaman area Seksyen 20, Shah Alam. Setelah melawat rumah pelanggan, perlu pendawaian dari db tingkat bawah ke db tingkat atas. Jarak antara kedua-dua DB ini melebihi 50 meter, (jika laluan kabel mengelilingi luar dinding rumah) . Jadi, owner mencadangkan untuk mengurangkan jarak dari 50 meter menjadi 30 meter dengan cara menebuk dinding bagi laluan kabel db tingkat bawah ke tingkat atas.
Kerja-kerja pemasangan lampu siling di Kaunter Zakat Selangor. Lampu yang dipasang adalah jenis downlight dan LED Mirror Reflector. Lampu jenis downlight ini, pemasangannya perlu menebuk siling mengikut kurang dari size lampu.Biasanya lampu ini digunakan dirumah apartment, kondominium, kedai-kedai kafe, butik dan sebagainya. Lampu jenis ini dapat menjimatkan elektrik dan rekaannya sangat ringkas. Lampu jenis LED Mirror Reflector pula kebiasannya digunakan untuk pejabat dan kilang kerana cahayanya lebih terang, ia tidak tertumpu pada satu sudut. Apabila dinyalakan ia akan menerangkan keseluruhan tempat.
Kerja-kerja memasang lampu dan kipas siling di sekyen 8, Shah Alam, Selangor. Selain pemasangan elektrik, owner juga meminta untuk penambahan pendawaian elektrik untuk point lampu dan kipas secara permukaan.
1 fasa dan 3 fasa adalah lebih kepada penggunaan bebanan elektrik yang ditanggung oleh sesebuah rumah itu untuk jangka masa yang panjang. Sebagai contoh jika rumah anda memasang 9 biji aircond dan menggunakan meter 1 fasa, kemungkinan kabel utama akan jadi lebih cepat panas dan boleh menyebabkan kabel cair atau terbakar. Jika menggunakan bekalan 3 fasa, akan lebih selamat jika anda memasang 9 biji aircond dan kabel tidak akan terbeban dan mudah panas.