Harga Wiring Elektrik Rumah | Anggaran Kos

Nak tahu berapa harga wiring elektrik rumah?

Kos wiring bergantung pada jenis point, spesifikasi kabel, panjang dan laluan wiring, kaedah pemasangan serta keadaan rumah atau premis.

Harga juga boleh berbeza antara wiring baru, penambahan point dan kerja pada sistem elektrik sedia ada. Untuk kerja pemasangan secara menyeluruh, rujuk servis wiring elektrik kami.

📲 WhatsApp kami untuk semakan awal dan anggaran harga wiring elektrik.

Pemeriksaan tapak untuk anggaran harga wiring elektrik

Anggaran Harga Wiring Elektrik

Berikut ialah anggaran harga bermula bagi beberapa kerja wiring elektrik yang biasa dilakukan:

  • Wiring point lampu downlight looping dari RM90
  • Wiring point lampu dari RM110
  • Wiring point kipas dari RM180
  • Wiring point exhaust fan dari RM180
  • Wiring point soket 13A dari RM160
  • Wiring point soket 13A dari DB box dari RM280
  • Wiring point aircond menggunakan kabel 2.5mm² dari RM280
  • Wiring point water heater menggunakan kabel 2.5mm² dari RM280
  • Wiring point aircond menggunakan kabel 4mm² dari RM380
  • Wiring point water heater menggunakan kabel 4mm² dari RM380

Harga yang dinyatakan ialah anggaran bermula dan boleh berubah mengikut skop kerja, panjang laluan wiring, spesifikasi pemasangan dan keadaan di tapak.

Kerja pemasangan wiring elektrik semasa renovation

Harga Wiring Lampu

Anggaran wiring point lampu bermula dari RM90 untuk downlight looping dan dari RM110 untuk point lampu biasa.

Harga sebenar bergantung pada jumlah point, panjang laluan kabel, lokasi pemasangan dan kerja tambahan yang diperlukan.

Harga Wiring Kipas

Anggaran wiring point kipas bermula dari RM180.

Kos boleh berubah mengikut lokasi kipas, laluan kabel, keadaan siling dan sistem elektrik sedia ada.

Harga Wiring Soket 13A

Anggaran wiring point soket 13A bermula dari RM160. Jika point perlu ditarik terus dari DB box, anggaran bermula dari RM280.

Harga sebenar bergantung pada panjang laluan wiring, lokasi soket, keadaan litar dan spesifikasi pemasangan.

Untuk kerja khusus penambahan point, rujuk servis tambah point elektrik kami.

Harga Wiring Aircond

Anggaran wiring point aircond menggunakan kabel 2.5mm² bermula dari RM280. Untuk pemasangan yang memerlukan kabel 4mm², anggaran bermula dari RM380.

Spesifikasi kabel dan litar perlu ditentukan berdasarkan kapasiti unit, panjang laluan kabel dan keadaan sistem elektrik sedia ada.

Harga Wiring Water Heater

Anggaran wiring point water heater menggunakan kabel 2.5mm² bermula dari RM280. Jika pemasangan memerlukan kabel 4mm², anggaran bermula dari RM380.

Harga sebenar bergantung pada jenis unit, laluan wiring, keadaan DB box dan perlindungan elektrik yang diperlukan.

Harga Wiring Exhaust Fan

Anggaran wiring point exhaust fan bermula dari RM180.

Kos bergantung pada lokasi pemasangan, laluan kabel serta keadaan dinding, siling atau kawasan yang terlibat.

Upah Pasang Lampu dan Kipas

Jika point elektrik telah tersedia dan kerja hanya melibatkan pemasangan peralatan, anggaran upah adalah:

  • Upah pasang lampu T8 dari RM30
  • Upah pasang downlight dari RM30
  • Upah pasang lampu hiasan standard dari RM30
  • Upah pasang tracklight dari RM100
  • Upah pasang chandelier dari RM200
  • Upah pasang kipas siling atau dinding dari RM40
  • Upah pasang doorbell dari RM40
  • Upah pasang water heater dari RM150

Harga boleh berubah mengikut jenis peralatan, saiz, lokasi pemasangan dan kerja tambahan yang diperlukan.

Harga Pemasangan Earthing

Anggaran membekal dan memasang chamber earthing termasuk dua batang copper rod bermula dari RM600.

Penambahan copper rod, kabel earthing atau perubahan pada sistem pembumian akan dikira mengikut keadaan di tapak.

Wiring Surface atau Conceal

Kaedah pemasangan boleh mempengaruhi harga wiring. Wiring surface menggunakan laluan pada permukaan dengan perlindungan yang sesuai, manakala wiring conceal melibatkan laluan kabel di dalam dinding, siling atau struktur bangunan.

Harga wiring conceal tidak ditetapkan dalam artikel ini kerana kos bergantung pada laluan wiring, keadaan struktur dan kerja kemasan yang diperlukan.

Apa yang Mempengaruhi Harga Wiring Elektrik?

  • Jenis dan jumlah point elektrik
  • Panjang dan laluan wiring
  • Saiz serta spesifikasi kabel
  • Wiring surface atau conceal
  • Keperluan litar baru
  • Keadaan DB box dan sistem sedia ada
  • Kerja tambahan di tapak

Dua rumah dengan jumlah point yang sama masih boleh mempunyai kos wiring yang berbeza kerana laluan kabel dan keadaan pemasangannya tidak semestinya sama.

📲 Nak tahu anggaran harga untuk rumah anda? WhatsApp kami untuk semakan awal.

Wiring Baru atau Rewiring Rumah Lama

Harga wiring baru dan rewiring rumah lama tidak semestinya sama.

Wiring baru boleh dirancang berdasarkan susun atur dan jumlah point. Rewiring pula mungkin melibatkan pemeriksaan litar, penggantian kabel lama dan kerja pada sistem elektrik sedia ada.

Skop rewiring perlu ditentukan selepas keadaan wiring diperiksa.

Maklumat untuk Mendapatkan Anggaran Harga

Maklumat berikut boleh membantu kami mengenal pasti skop kerja sebelum quotation diberikan:

  • Jenis rumah atau premis
  • Jenis wiring yang diperlukan
  • Jumlah dan jenis point elektrik
  • Lokasi pemasangan
  • Anggaran laluan wiring
  • Gambar kawasan pemasangan jika berkaitan

Pemeriksaan tapak mungkin diperlukan bagi kerja yang besar atau melibatkan sistem elektrik sedia ada.

Kontraktor Elektrik Berdaftar

Kami adalah kontraktor elektrik berdaftar Suruhanjaya Tenaga (ST) yang menyediakan servis wiring untuk rumah, kedai dan pejabat di Selangor dan Kuala Lumpur.

  • Wiring elektrik baru dan renovation
  • Penambahan point elektrik
  • Rewiring elektrik
  • Wiring lampu, kipas dan soket
  • Wiring aircond dan water heater

Harga wiring sebaiknya dinilai bersama skop kerja dan spesifikasi pemasangan, bukan berdasarkan harga satu point sahaja.

Soalan Lazim

Berapa harga wiring satu point?

Harga bergantung pada jenis point. Sebagai anggaran, point lampu bermula dari RM90, soket 13A dari RM160 dan point kipas dari RM180.

Berapa harga wiring aircond?

Anggaran bermula dari RM280 untuk wiring menggunakan kabel 2.5mm² dan dari RM380 jika pemasangan memerlukan kabel 4mm².

Adakah harga wiring conceal sama dengan surface?

Tidak semestinya. Harga wiring conceal bergantung pada laluan kabel, keadaan dinding atau siling dan kerja kemasan yang diperlukan.

Kenapa harga wiring berbeza antara rumah?

Harga dipengaruhi oleh jumlah point, panjang wiring, spesifikasi kabel, keadaan sistem elektrik dan skop kerja di tapak.

Nak Semak Harga Wiring Elektrik Rumah?

Hubungi kami untuk semakan awal dan anggaran harga berdasarkan jenis point, jumlah point serta keadaan pemasangan.

📲 WhatsApp kami untuk semakan dan anggaran harga wiring elektrik di Selangor dan Kuala Lumpur.

WhatsApp Kami Sekarang

 
019-226 6232

Kristal Maya Electrical menyediakan perkhidmatan wiring elektrik dan permohonan meter TNB di Selangor dan Kuala Lumpur. Kontraktor elektrik berdaftar ST dan CIDB.

Copyright © Kristal Maya Resources / Facebook KM

1