Kami menyediakan servis lukisan Single Line Diagram atau SLD dan endorsement PW4 untuk submission management bagi projek renovasi kedai, pejabat dan premis komersial di Selangor dan Kuala Lumpur.
📲 WhatsApp kami untuk servis lukisan SLD dan endorsement PW4.

Servis Lukisan SLD dan Endorsement PW4
Servis ini sesuai untuk kontraktor renovasi, interior designer, kontraktor elektrik, penyelaras projek serta pemilik atau penyewa premis yang diminta menyediakan SLD sebelum memulakan kerja elektrik.
Skop perkhidmatan boleh merangkumi:
- Lukisan Single Line Diagram bagi sistem yang dicadangkan.
- Pengiraan total connected load berdasarkan senarai peralatan.
- Susunan DB box dan pembahagian litar.
- Maklumat main switch dan peranti perlindungan.
- Cadangan saiz kabel mengikut maklumat litar.
- Endorsement PW4 bagi projek yang berada dalam skop berkaitan.
- Dokumen SLD untuk submission kepada pihak management.
Keperluan sebenar bergantung pada jenis premis, kapasiti bekalan dan checklist yang ditetapkan oleh management bangunan. Maklumat tentang fungsi SLD boleh dirujuk melalui panduan Single Line Diagram untuk kedai dan pejabat.
Dokumen yang Perlu Disediakan
Pelanggan atau kontraktor perlu menyediakan maklumat projek yang lengkap sebelum lukisan dimulakan.
- Floor plan kedai atau pejabat.
- Checklist submission daripada pihak management.
- Senarai lampu, soket, aircond dan peralatan elektrik.
- Rating watt, ampere atau kilowatt bagi setiap peralatan.
- Gambar DB box atau panel elektrik sedia ada.
- Rating main switch dan jenis bekalan elektrik.
- Contoh format lukisan jika ditetapkan oleh management.
Floor plan tidak termasuk dalam perkhidmatan ini. Floor plan perlu disediakan oleh pelanggan, kontraktor renovasi atau interior designer untuk digunakan sebagai rujukan penyediaan SLD.
📲 Perlukan SLD untuk submission management? WhatsApp kami untuk sebut harga.

Harga Servis SLD dan Endorsement PW4
Harga servis bergantung pada jenis premis, sistem satu fasa atau tiga fasa, jumlah litar, senarai peralatan, kelengkapan floor plan dan keperluan submission pihak management.
Floor plan, gambar DB box, senarai peralatan dan checklist management boleh dihantar melalui WhatsApp untuk mendapatkan anggaran harga mengikut skop projek.
Skop Endorsement PW4
Endorsement PW4 hanya disediakan untuk projek yang berada dalam had kompetensi yang dibenarkan. Bagi skop pendawai tiga fasa, pemasangan hendaklah berada dalam kategori voltan rendah sehingga 60A dan memenuhi keperluan management.
Jika kapasiti projek melebihi had tersebut atau pihak management menetapkan endorsement Professional Engineer, endorsement PW4 sahaja tidak mencukupi.
Endorsement proposed SLD bukan pengesahan bahawa kerja pemasangan telah disiapkan, diselia atau diuji. Borang G, Borang H, as-built drawing dan pengesahan pemasangan yang tidak diperiksa tidak termasuk dalam servis ini.
Kontraktor Elektrik Berdaftar
Kami menyediakan servis lukisan SLD dan endorsement PW4 mengikut maklumat projek serta skop kompetensi berkaitan.
- Lukisan SLD untuk kedai dan pejabat.
- Pengiraan total load berdasarkan senarai peralatan.
- Dokumen untuk submission management.
- Endorsement PW4 bagi projek yang bersesuaian.
Kerja pemasangan elektrik hendaklah dilakukan oleh pihak yang sesuai di bawah kawalan orang kompeten. Ketahui lebih lanjut melalui halaman kontraktor elektrik.
Kawasan Servis
Servis lukisan SLD dan endorsement PW4 disediakan untuk projek yang bersesuaian di Shah Alam, Sungai Buloh, Gombak, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Cheras, Ampang, Setapak, Rawang, Kepong, Kajang serta kawasan lain di Selangor dan Kuala Lumpur.
Untuk kerja pemasangan atau servis elektrik lain, lihat senarai servis elektrik yang disediakan.
Soalan Lazim
Siapa yang memerlukan servis SLD?
Servis ini biasanya diperlukan oleh kontraktor renovasi, interior designer, kontraktor elektrik dan pemilik premis yang perlu membuat submission kepada management.
Adakah floor plan disediakan?
Tidak. Pelanggan atau kontraktor perlu menyediakan floor plan yang lengkap untuk digunakan sebagai rujukan.
Adakah endorsement PW4 menjamin kelulusan?
Tidak. Kelulusan tetap tertakluk pada pihak management atau perunding bangunan serta syarat submission yang ditetapkan.
Bolehkah semua projek menggunakan endorsement PW4?
Tidak. Kesesuaian bergantung pada kapasiti pemasangan, skop kompetensi dan syarat management. Projek yang memerlukan PE endorsement berada di luar skop servis ini.
Perlukan Servis SLD dan Endorsement PW4?
📲 WhatsApp kami untuk servis SLD dan endorsement PW4 di Selangor dan Kuala Lumpur.